Saerah mengaku kesilapan, pasrah di cerai talak tiga

Pada 27 Oktober lalu, adik kepada Dato' Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah sah bercerai dengan suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie setelah empat tahun mendirikan rumah tangga.  
 
Lebih mengejutkan Saerah telah diceraikan dengan talak tiga di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan dan khabarnya penceraian berlaku pada ulang tahun perkahwinan mereka.
 
"Alhamdulillah, kehidupan saya masih macam biasa.  Tumpuan saya kini adalah untuk anak-anak serta perniagaan yang sedang berkembang.  Selepas apa yang berlaku, tiada sebarang tekanan yang dialami kerana keluarga sentiasa ada di sisi dan tidak henti memberi sokongan kepada saya.
 
"Buat masa ini, anak berada di bawah jagaan bekas suami dan sememangnya kami bergilir-gilir menjaga mereka.  Ini kerana kadang-kadang saya sibuk dengan urusan kerja, jadi bekas suami mengambil alih menjaga mereka," ujar Saerah yang kini sibuk dengan perniagaan pakaiannya, City4u.
 
Ditanya mengenai punca peceraian, Saerah mengambil langkah berdiam diri bagi mengelak sebarang spekulasi di samping mahu menjaga hati pelbagai pihak.
 
"Bagi saya penceraian yang berlaku tidak pun berpunca dari masalah yang besar cuma ini adalah ketentuan dari Tuhan. Setiap orang tidak mahu perkara sebegini terjadi, tetapi apabila sudah terjadi saya hanya pikir positif sahaja.
 
"Dari segi masalah, masing-masing mempunyai kesilapan dan kekurangan namun saya tidak mahu menuding jari serta menyalahkan sesiapa. Kerana saya tidak mahu perkara ini menjadi isu", ujarnya Saerah.
 
Jangan lupa dapatkan Media Hiburan terbaru, isu 22 hingga 28 November untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan Saerah selepas bergelar ibu tunggal. Credit Astro Gempak

0 Response to "Saerah mengaku kesilapan, pasrah di cerai talak tiga "

Catat Ulasan