Tragis : Punca tiga beranak maut MPV bertembung Bas Ekspres


Kuala Lipis  : Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 92 Jalan Lipis-Merapoh dekat sini awal pagi tadi.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Nik Zainuddin Nik Mohamad, 58, isterinya Wan Akma Lailee Wan Aziz, 54, dan anak perempuan mereka Nik Lyana, 19.

Sementara anak lelaki mereka, Ahmad Bahari, 15, cedera parah dan turut cedera ialah pemandu bas terbabit Adnan Abdullah, 45. Mereka dikejarkan ke Hospital Gua Musang.



Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kesemua 43 penumpang bas dan seorang pembantu pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, nahas berlaku pada pukul 2.05 pagi ketika keluarga tersebut dalam perjalanan dari arah Kota Bharu, Kelantan menghala Kuala Lumpur.

“MPV itu dipercayai termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres dua tingkat berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kota Bharu.

“Akibat pertembungan itu, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian,” katanya. Al-fatihah Credit Bernama

0 Response to "Tragis : Punca tiga beranak maut MPV bertembung Bas Ekspres"

Catat Ulasan