Video : Misteri wanita dalam apartmen kini terjawab

Seorang pemilik sebuah unit pangsapuri yang merasa curiga dengan kejadian makanan yang disimpan sering hilang, bertindak memasang sebuah kamera tersembunyi di dapurnya.

Joe Cummings resah kerana makanan yang disimpan di dalam peti sejuk cepat habis, biarpun dia sendiri tidak memakannya.
 

Sebaik rakaman video itu diperolehi, Joe sangat terkejut apabila mendapati seorang wanita misteri turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartmentnya. Seolah-olah seperti sudah biasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.

Wanita misteri itu mengambil makanan, malah turut dilihat membuang air kecil di sinki dapur. Selesai, dia kembali ke lubang pengudaraan.

Laporan polis sudah dibuat, dan wanita tersebut telah ditahan polis. Namun identiti wanita berkenaan tidak didedahkan. Credit Mylunchpad 

0 Response to "Video : Misteri wanita dalam apartmen kini terjawab "

Catat Ulasan