Wanita pontianak sebenar gemar minum darah manusia

Julia Caples, 45, digelar sebagai wanita pontianak atas tabiatnya yang gemar minum darah manusia. 

Difahamkan, ketagihan itu bermula sejak Julia remaja lagi dan dia sering mendapat bekalan darah daripada penderma.

Kadangkala, Julia minum darah manusia sehingga dua liter sebulan.

Dia juga merupakan ibu kepada Alexi, 11 tahun dan Ariel, 24 tahun.

Julia percaya, kecantikan dapat dikekalkan dengan pengambilan darah seperti yang ditunjukkan dalam filem Twillight.

"Setiap kali saya minum darah, saya berasa lebih cantik dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius," katanya.



Menurut Julia, tabiat pelik ini bermula ketika dia berusia 16 tahun selepas pertama kali mencium teman lelakinya.

“Saya terasa darahnya di bibir dan menjadi ketagih kepada rasa darah selepas itu,” katanya. 

Ketika itu, Julia tidak terus ketagih kepada darah, tetapi situasi menjadi serius apabila dia bertemu dengan bekas suaminya, Donald, 49.

Donald juga mempunyai tabiat yang sama. Namun, Donald menghentikan tabiat pelik ini selepas Alexi dilahirkan.

Seperti yang dilapor oleh media tempatan, Julia yang menulis blog mengenai  pontianak dengan nama ‘Lady DarkRose’ berkata dia menyedari mengenai risiko kesihatannya. Namun, semua penderma darah akan diuji terlebih dahulu bagi mengesahkan tahap kesihatan mereka. 

0 Response to "Wanita pontianak sebenar gemar minum darah manusia"

Catat Ulasan