10 Gambar : Rantau Panjang Kelantan lumpuh akibat banjir

Banjir besar melanda tiga negeri Pantai Timur kini sudah mencecah kira-kira 24,000 mangsa dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, tengah malam tadi.

Di Kelantan , jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,815 orang pada tengah malam tadi berbanding 8,407 pada 9.30 malam.

Menurut portal ebanjir Kelantan, lebih seratus pusat pemindahan banjir di 10 jajahan kini dibuka, Bandar Rantau Panjang teruk di landa banjir akibat limpahan air Sungai Golok.









Banyak kenderan penduduk setempat alami kerosakan akibat di hanyutkan oleh arus air banjir segala pergerakan orang ramai terbatas akibat terputus jalan perhubungan.

Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang juga tak terkecuali di naiki air akibat banjir tersebut, orang ramai diminta utama kan keselamatan dan berada di pusat-pusat pemindahan yang telah di tetapkan.

0 Response to "10 Gambar : Rantau Panjang Kelantan lumpuh akibat banjir"

Catat Ulasan