4 Gambar : Shera Aiyob kini berhijab, buang gambar tidak bertudung

Pelakon Shera Aiyob kini tampil dengan imej terbaharu, manis berhijab seperti mana artis-artis lain yang sudah lama berhijrah seperti Irma Hasmie, Mizz Nina, Umi Nazeera dan Natasha Hudson.
Menerusi pemerhatian penulis, isteri aktor Zahiril Adzim ini juga nampaknya sudah memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung di laman Instagram miliknya, dan Zahiril turut berbuat demikian.


Sebelum ini, Shera sudah mula dilihat berjinak-jinak mengenakan hijab ketika menjayakan naskhah drama yang ditayangkan di TV Al-Hijrah berjudul Dalam IradatMu, baru-baru ini.
Semoga ibu kepada Nadi Anaqi ini akan sentiasa istiqamah dengan penghijrahannya danpersonally, penulis suka tengok pasangan pelakon ini yang memang sentiasa low profile dan tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi mereka buat tontonan umum. Credit Mynewshub

0 Response to "4 Gambar : Shera Aiyob kini berhijab, buang gambar tidak bertudung"

Catat Ulasan