5 Gambar : Kejadian samun dan cubaan r0gol di Sri Aman Pasir Puteh

Pasir Putih : Satu kejadian samun dan cubaan rogol berlaku di sebuah rumah di Lorong Sentosa Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Putih.

Semasa kejadian terdapat 3 orang di rumah terbabit, mereka di datangi oleh dua penyamun lelaki bermotosikal.

Mereka bertindak ganas terus merampas berbagai barangan berharga yang ada pada mangsa serta yang ada di dalam rumah terbabit.





Salah seorang mangsa wanita sedang mandi telah di tarik keluar ke ruang tamu, suspek sempat membuka seluar mahu merogol salah seorang mangsa namun hajat nya tidak kesampaian setelah di panggil rakan nya.

Suspek terus bertindak ganas dengan menumbuk muka mangsa dan menoreh dengan pisau yang mengakibat kan kecederaan.

Selepas itu suspek terus lari keluar, mangsa yang cedera telah di hantar ke Hospital Tengku Anis mangsa mengalami luka pada bawah mata dan kesan torehan pada pipi.

Kes ini telah dirujuk kepada pihak terbabit dan gerakan memburu suspek giat dijalan kan, suspek berbadan kurus dan gambaran wajahnya telah di lakar bagi mengesan suspek.

0 Response to "5 Gambar : Kejadian samun dan cubaan r0gol di Sri Aman Pasir Puteh"

Catat Ulasan