Balik Pulau : Seorang lelaki cedera apabila kereta dipandunya dihempap
 pokok tumbang, manakala beberapa rumah dilapor mengalami kerosakan 
selepas beberapa kawasan sekitar daerah ini dilanda ribut, sebentar 
tadi.
  Lelaki disyaki berusia lingkungan 30-an itu dikejarkan ke Hospital 
Balik Pulau untuk rawatan lanjut, bagaimanapun status kecederaan dialami
 mangsa tidak dapat dipastikan.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam 
dan berlarutan sehingga 11 malam itu turut menyebabkan pokok tumbang di 
sekurang-kurangnya sembilan lokasi dengan paling teruk di Jalan Tun 
Sardon, di sini.
  Lokasi lain yang terjejas termasuk Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras dan Jalan Sungai Pinang.
  Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, 
Muhammad Farid Saad, ketika dihubungi mengesahkan sekurang-kurangnya 10 
rumah kediaman mengalami kerosakan dalam kejadian itu.
  "Sehingga kini kerja pembersihan dan pemotongan pokok tumbang 
sedang dijalankan pihak bomba untuk mengelak lalu lintas terhalang," 
katanya. Credit Berita Harian




 
0 Response to "6 Gambar : Ribut landa Pulau Pinang seorang cedera kereta di hempas pokok "
Catat Ulasan