Terkini : Serpihan berwarna merah seperti dinding pesawat terapung di laut ( 7 Gambar )

Pangkalan Bun, Indonesia: Serpihan seperti gelongsor kecemasan dan pintu pesawat serta objek lain dikesan terapung di laut semasa pencarian melalui udara hari ini bagi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang sejak kelmarin.
Jurugambar AFP yang berada dalam pesawat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat itu berkata, beliau melihat objek seperti jaket dan rakit keselamatan serta tiub jingga terapung di laut.
Pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto, memberitahu wartawan: "Kami mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak lagi objek kecil putih yang kami tidak dapat rakamkan. Kedudukannya ialah 10 kilometer dari lokasi pesawat berkenaan dikesan kali terakhir oleh radar."





Putranto menunjukkan 10 gambar objek seperti pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan kotak empat segi.
"Ia tidak begitu jelas...ia mungkin dinding pesawat atau pintu pesawat. Marilah kita berdoa agar objek berkenaan adalah apa yang kita cuba ketemukan," katanya di Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.
Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal dari Surabaya ke Singapura itu hilang pagi kelmarin ketika berada di ruang udara Laut Jawa. - AFP

0 Response to "Terkini : Serpihan berwarna merah seperti dinding pesawat terapung di laut ( 7 Gambar )"

Catat Ulasan