David Beckham dan anak sulung nya kemalangan jalanraya

Merujuk kepada laporan berita antarabangsa, pada Sabtu lepas pemain bola tersohor David Beckham dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan dilaporkan cedera ringan. Namun begitu baru sahaja hari ini gambar tersebut tersebar di internet.
Kejadian pada petang Sabtu lalu itu berlaku selepas bintang bola sepak ini menonton perlawanan melibatkan anak sulungnya Brooklyn Beckham yang kini berlatih bersama pasukan remaja Arsenal. David yang memandu Audi RS6 dilaporkan cedera di bahu manakala Brooklyn pula dikhuatiri tercampak ke sisi kereta.
Daripada gambar yang dijumpai, kereta David mengalami kerosakan teruk pada sisi pintu hadapan pemandu manakala kereta yang melanggar anak beranak ini iaitu Mitsubishi Colt Coupe Cabriolet remuk teruk.
Bekas atlit yang popular di padang bola ini menghadiri perlawanan persahabatan diantara kelab bawah 16 Arsenal yang bertemu Brighton pada petang tersebut sebelum pulang bersama Brooklyn. Pemandu kereta yang melanggar  David bersama anaknya juga dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian dia terkejut dan bersyukur kerana David terselamat. Disamping itu dia dikatakan bersikap budiman kepada pemandu yang melanggarnya itu dan meminjamkan baju panas kerana mereka terpaksa menunggu bantuan di tepi jalan. Credit Murai

0 Response to "David Beckham dan anak sulung nya kemalangan jalanraya"

Catat Ulasan