Kuala Lumpur : Malaysia membuat Vietnam gigit jari selepas menang
besar untuk gah layak ke final bola sepak Piala AFF Suzuki di Stadium My
Dinh, malam ini.
Ketika tidak diberi peluang dengan tuan rumah menjadi pilihan
dalam separuh akhir kedua, anak didik Dollah Salleh membuat kejutan
untuk menang 4-2 dan layak dengan agregat 5-4.
Gol Harimau Malaya adalah sumbangan Safiq Rahim, m-4, Norsharul Idlan Talaha (m-16), jaringan sendiri oleh
Dinh Tien Thanh (m-29) dan Shukor Adan (m-43).
Vietnam merapatkan jurang dengan dua gol sumbangan Le Cong Vinh pada minit ke-22 dan 79.
Dalam perlawanan akhir timbal balik pada 17 Disember ini, Malaysia
akan menentang Thailand yang sebelum ini menewaskan Filipina dengan
agregat 3-0 di Bangkok, semalam.
SKUAD PEMAIN
MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad
Fadhli Mohd Shas, Muhammad Shukor Adan (kapten), Indra Putra Mahayuddin
(Mo hamad Muslim Ahmad), Safiq Rahim, S Kunalan, Mohd Badhri Mohd Radzi
(Baddrol Bakhtiar),Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Norshahrul
Idlan Talaha
VIETNAM: Tran Nguyen Manh, Le Phuoc Tu, Dinh Tien Thanh, Nguyen Van
Bien,Ngo Hoang Thinh (Le Tan Tai), Le Cong Vinh (kapten), Nguyen Van
Quyet, Que Ngoc Hai, Pham Thanh Luong, Vo Huy Toan (Mac Hong Quan),
Nguyen Huy Hung
PENGADILl: Toma Masaaki (Jepun)
0 Response to "Harimau Malaya ke Final Piala Aff 2014 bertemu Thailand "
Catat Ulasan