Kuala Lumpur : Tindakan penguat kuasa Perbadanan Putrajaya yang didakwa tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam melaksanakan tugas, mendapat cemuhan pengguna-pengguna laman sosial Facebook.
Status catatan itu dimuat naik ‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad’ , di mana seramai 263 pengguna memberikan komen dan lebih 700 yang menyukainya.
Penyebaran gambar yang dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook, @Tg Rozahan Zahid memaparkan beberapa lelaki berpakaian seragam yang didakwanya penguat kuasa Perbadanan Putrajaya sedang menyoal penjaja dan juga kanak-kanak yang berada di sana.
Kata Rozahan, anaknya didatangi penguat kuasa tersebut, ketika bermain ‘roller blade‘ di dataran bulatan hadapan Masjid Putra.
“Ketika anak saya bermain di dataran, dia telah ditakutkan penguat kuasa Perbadanan Putrajaya. Mainan yang disewakan penjaja di dataran itu, habis dirampas mereka.
“Kanak-kanak yang sedang bermain pun, satu-satu disoalnya. Sampai anak aku pun ditanya ‘roller blade’ siapa yang dia sedang main itu.
“Anak aku jawab, ‘roller blade’ itu dibeli, tetapi diterjah dengan ungkapan ‘Jangan nak menipu’ oleh penguat kuasa terbabit,” katanya.
Pemerhatian The Rakyat Post dalam ruangan komen mendapati, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan penguat kuasa terbabit dan meminta pihak pengurusan Perbadanan Putrajaya segera tampil memberikan penjelasan.
Malah, ada yang bersetuju tindakan penguat kuasa terbabit disebabkan kawasan dataran Putrajaya itu bukan tempat penjaja untuk berniaga, apatah lagi di hadapan Masjid Putra.
Namun, ada juga percubaan untuk menimbulkan ketegangan, apabila isu perkauman dibangkitkan.
Tidak kurang juga yang menganggap kehadiran penjaja tersebut, memeriahkan lagi suasana di dataran Putrajaya.
Ini adalah antara komen yang diambil untuk perhatian:
Alex Usther: I think Pengerusi Perbadanan Putrajaya sendiri HARUS tampil membuat kenyataan.. Bgi mengelak rakyat mulai menjadikan putrajaya bandar mati bg rakyat . Utk agensi penguatkuasa . Kami faham anda menjalankan tugas tp biar dgn penuh etika and berhemah ! Penguatkuasa bukan utk jd samseng .
Roime B Puniran: Sepatutnya kawasan dataran putrajaya tu bersih dari peniaga atau penjaja. Nak meniaga banyak lg tempat. Bukan di depan masjid. Kawasan itu sepatutnya jadi kawsan riadah utk keluarga. Aku sokong penguatkuasa Perbadanan Putrajaya menjalankan tugas mereka. Kalau boleh kereta2 yang parking juga dijaga dan dipantau supaya tak menjejaskan keselamatn orang awam. Kalau dulu peniaga cuma beberapa org sahaja, terapi aekarang dah macam funfair indon dah aku tgk. Penuh dengan peniaga. Siap ada peniaga yang menjual buih sabun semata2. Ruang untuk beriadah dan berehat semakin kecil. Apapun, penguatkuasa yang memarahi kanak2 ni adalah tak patut. Tapi tak bermakna semua penguatkuasa semacam itu. BTW peniaga2 disitu bukanlah orang luar atau orang berpendapatan rendah. Kebanyakkan mereka adalah penjawat awam yang dpt lesen meniaga kecil2 lan. Sebulan income boleh cecah 3k. Modal beli lampu liplap RM 1.00 tapi jual kat budak2 RM 10. Jgn tanya dari mana aku tahu. Jika kawasan itu ditutup utk berniaga, banyak lg kawasan lain boleh berniaga. Sekian
Fizrul Shawal: sebab kan ade bende2 mcm ni lah dataran tu meriah..so buat lah something agar peniaga2 kecil dapat berniaga..bukan di tindas..yaa aku tahu aiskrim potong dijual pada harga rm1.50-rm2.00..tp cuba cari solution..bukan ditindas..
Syedferdaus Syedmohammad: Penguatkuasa melayu cuma berani bertindak terhadap bangsa melayu!!! Sumber : The Rakyat Post
0 Response to "Keluhan : Penguat kuasa Putrajaya didakwa rampas barangan penjaja"
Catat Ulasan