Alamak ! Biar betul mungkin kah cinta bertaut kembali atau mungkin tersalah
informasi. Tapi kalau nak kata salah, tak boleh cakap juga sebab selama
ini pun cerita-cerita hangat yang sampai ke telinga semuanya
benar belaka.
Entahlah, tapi Murai Batu rasa perkara ini bukan baru dan rasanya
sama ada peminat Hans Isaac mahupun Neelofa pastinya akan gembira
apabila mengetahui mereka kembali bersama.
Nak dijadikan cerita, sumber Murai Batu telah terserempak dengan
pasangan popular berkenaan di sebuah gedung beli-belah di tengah-tengah
ibu kota.
Katanya, pasangan berkenaan bukan main sibuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya gedung beli-belah berkenaan.
Sumber Murai Batu memberi tahu, masing-masing nampaknya saling
bantu-membantu dan Hans Isaac yang kacak dengan berkemeja-T bulat ke
hulu ke hilir mencari beberapa barang sementara Neelofa menunggu di
kaunter pembayaran.
Oh! So sweet pasangan ini.
Malah sebelum itu, Murai Batu difahamkan pasangan berkenaan telah
berada di kedai hardware di gedung yang sama untuk membeli sesuatu.
Barang apa, itu Murai Batu kurang pasti, tapi sumber Murai Batu
nampak mereka sangat khusyuk mendengar penerangan daripada salah seorang
jurujual di tempat berkenaan, tanpa menghiraukan orang yang lalu
lalang.
Kemudian barulah mereka ke pasar raya untuk membeli barang keperluan harian dan selepas itu barulah mereka pulang.
Murai Batu bukan nak jaga tepi kain Neelofa ataupun Hans Isaac, tapi jika benar cinta mereka telah kembali berputik, baguslah.
Memang betul, tidak ada salahnya mereka keluar bersama-sama ke supermarket.
Tapi Murai Batu sangsi dengan hubungan mereka berdua itu, apatah lagi
tiada orang lain yang bersama-sama pasangan berkenaan pada waktu
kejadian.
Kerana ada juga suara-suara yang memberi tahu Murai Batu bahawa
hubungan yang terjalin antara Neelofa dan Hans Isaac sekarang hanyalah
sekadar teman rapat atau seperti abang dan juga adik.
Kalau benar hubungan mereka seperti itu sekarang, Murai Batu turut tumpang gembira.
Akan tetapi Murai Batu pastinya akan lebih bahagia sekiranya benar
Neelofa dan Hans Isaac kembali sebagai pasangan kekasih. Sama-samalah
kita doakan. Credit Murai.
0 Response to "Neelofa shopping barang rumah bersama Hans Isaac ?"
Catat Ulasan