Kenapa Dato Siti Nurhaliza dan Ziana Zain pakai tudung sama ?

Adakah ianya secara kebetulan atau disengajakan, apabila dua bintang pop tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza dan Ziana Zain menyarungkan tudung yang sama daripada rekaan Rizman Ruzaini?
Sukar untuk mendapatkan penjelasan daripada pereka fesyen duo berkenaan kerana mereka kini sedang asyik menikmati udara segar lagi nyaman di Turki bersama rombongan penyanyi Ziana Zain. 
Lebih sukar juga kerana sebagaimana yang semua sedia maklum, baik Siti mahu pun Ziana, kedua-dua diva berkenaan sering saja menyarungkan persalinan rekaan Rizman Ruzaini, sama ada dalam pertunjukan pentas mahupun acara kasual dan formal.

Ziana Zain buat pertama kalinya telah menyarungkan tudung bertakhtakan batu jemaki berkilau itu ketika menghadiri acara pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival di Hotel JW Marriot baru-baru ini dan dalam masa yang sama seorang model telah menggayakan tudung serupa di laluan runway acara berkenaan.
Walau apapun, ini mungkin berita terbaik buat Rizman Ruzaini kerana mereka telah berjaya melahirkan satu lagi rekaan tudung yang ikonik atau dengan kata lain mudah diingati oleh sesiapa.
Tapi apa yang penting, antara Ziana Zain dan Dato Siti Nurhaliza, siapakah yang menyarungkannya lebih Stailista ? Mari kita dapatkan pendapat daripada peminat mereka berdua.Credit Murai

0 Response to "Kenapa Dato Siti Nurhaliza dan Ziana Zain pakai tudung sama ?"

Catat Ulasan