Kisah Sedih : 6 Gambar adik beradik ini kini yatim piatu


Chukai : Kami sekeluarga akan berbincang siapa yang akan menjaga enam anak arwah adik selepas ini,kata Ngazali Sulong, 58, abang kepada Norhayati, 37, yang lemas bersama suaminya Suhaimi Awang, 37, Rabu lalu.
Anak-anak pasangan itu adalah Nor Syafiqah Syahira,12 Nor Izzah Insyirah,11 Muhammad Irfan Irsyad,9 Nor Intisar Iedikar,6 Muhammad Aqil Amsyar,4 dan Nor Adifa Arissa, 4 bulan. - See more at: http://www.utusan.com.my/galeri-foto/wajah-anak-anak-pasangan-suami-isteri-mangsa-banjir-bot-terbalik-1.41606#sthash.HGyGyMPf.dpuf
Anak-anak pasangan itu adalah Nor Syafiqah Syahira,12 Nor Izzah Insyirah,11 Muhammad Irfan Irsyad,9 Nor Intisar Iedikar,6 Muhammad Aqil Amsyar,4 dan Nor Adifa Arissa, 4 bulan. - See more at: http://www.utusan.com.my/galeri-foto/wajah-anak-anak-pasangan-suami-isteri-mangsa-banjir-bot-terbalik-1.41606#sthash.HGyGyMPf.dpuf

Menurutnya, mereka adik-beradik akan turut mengambil kira pandangan keluarga adik iparnya yang turut lemas bersama dalam kejadian menyayat hati itu bagi menentukan nasib enam beradik yang kini yatim piatu.



Apa yang pasti nasib enam anak saudara saya berusia empat bulan hingga 13 tahun ini akan dibela sebaik mungkin terutama dari segi kebajikan dan pendidikan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman, dekat sini, kelmarin. 

Mengimbau kejadian itu, Ngazali berkata, dia pelik apabila adiknya datang ke rumah menempah perabot jati warna putih darinya pada 28 November lalu sedangkan dia tidak pernah meminta yang bukan-bukan sebelum ini.

Menurutnya, arwah Norhayati sebelum ini seorang yang pendiam, namun sejak seminggu sebelum kejadian itu menimpa dia selalu menghantar mesej serta bersama suaminya melalui aplikasi WhatsApp. 

Jasad suami kepada arwah Norhayati Sulung yang hanyut dan lemas dalam tragedi bot karam ditemui kira-kira 100 meter daripada Jambatan Geliga Sungai Kemaman, 12.10 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata jasad Suhami Awang, 37, ditemui bawah timbunan kayu Sungai Kemaman oleh pasukan mencari polis dan bomba Kemaman.Al-fatihah Salam Takziah

0 Response to "Kisah Sedih : 6 Gambar adik beradik ini kini yatim piatu"

Catat Ulasan