Selepas Vokalis kempulan Exist Ezad di tahan dan dibicarakan kerana Dadah kini seorang lagi Vokalis sebuah kumpulan popular ditahan dan mengaku bersalah akibat dadah.
Vokalis
baharu kumpulan Terra Rossa itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret
Ampang dekat sini, hari ini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis
methamphetamine di Taman Cempaka di sini, minggu lepas.
Khairul Hizam
Kaha, 39, yang dikenali sebagai Jijam membuat pengakuan itu ketika
pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan
Majistret Noor Farah Hazwani Osman.
Vokalis itu
didakwa memiliki dadah seberat 0.98 gram di kawasan Axis Astrium, Taman
Cempaka, Ampang dekat sini pada 4.30 petang, 10 Dis lepas.
Timbalan Pendakwa
Raya S. Purnima menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin
bagaimanapun tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu mahkamah
membenarkan jaminan atas alasan isterinya tidak bekerja dan hanya
bergantung kepada hasil perniagaannya.
Mahkamah
membenarkan Khairul Hizam diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang
penjamin dan menetapkan 12 Februari depan untuk sebutan semula kes dan
laporan kimia tertuduh.
Sementara itu,
vokalis itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah
itu ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu
Pejabat Daerah Ampang jaya di sini pada 7.15 malam, 29 Mei lepas.
Mahkamah
membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan
menetapkan tarikh sama untuk sebutan kes.
0 Response to "Lagi kes Vokalis kumpulan popular kantoi dadah "
Catat Ulasan