Lelaki lemas kereta Nissan Skyline nya terjunam ke sungai

Beluran : Seorang lelaki ditemui lemas di dalam keretanya selepas terjunam ke dalam sungai di Jalan Kuala Sapi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Sivanathan berkata, mangsa dikenali sebagai Clifford Nicholas @ Noslie, 34, dan kereta mangsa ditemui berada di dalam sungai oleh seorang pekerja ladang kira-kira pukul 7.30 pagi.


Beliau berkata, sebelum itu pekerja ladang itu menemui kesan tayar kenderaan terbabas dan melihat sebuah kereta mewah jenis Nissan Skyline berada di dalam sungai tersebut sebelum menghubungi pihak polis.

Abang mangsa yang dikenali sebagai Elvic dalam laporannya memberitahu adiknya sebelum itu menghadiri majlis meraikan perkahwinan bersama kaum keluarga di Kuala Sapi pada Sabtu sehingga jam 4 pagi semalam, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mangsa yang memandu bersendirian beralamat di Taman Tshun Ngen, Lorong Tshun Ngen 11 di Sandakan.


Menurutnya hasil siasatan polis mendapati kenderaan mangsa telah terbabas di satu jalan lurus garisan bersambung.


Sivanathan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat. - Bernama

0 Response to "Lelaki lemas kereta Nissan Skyline nya terjunam ke sungai "

Catat Ulasan