Kota Kinabalu : Pengusaha ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun
diberi tempoh selama 20 hari lagi walaupun kumpulan penculik Abu Sayyaf
mengancam untuk memenggal kepalanya pada Ahad sekiranya wang tebusan
sebanyak RM3 juta tidak dibayar.
Isterinya, Chin Pek Nyen berkata polis memaklumkannya bahawa kumpulan penculik tersebut memberi tempoh selama 20 hari lagi kepada pihak berkuasa untuk memenuhi permintaan tersebut.
"Mereka berjaya memujuk penculik tersebut untuk diberikan lebih banyak masa bagi mendapatkan wang untuk pembebasan suaminya," kata Pek Nyen pada Sabtu.
Namun, wanita berusia 42 tahun itu berkata penculik masih enggan membenarkan dia bercakap dengan suaminya dan berjanji hanya akan berbuat demikian dalam masa beberapa hari lagi.
"Kali terakhir saya bercakap dengan suami saya adalah empat bulan lalu dan saya teringin sangat mendengar suara.
"Saya berharap mreka akan terus menunaikan janji dan membenarkan saya bercakap dengan suami dalam masa beberapa hari lagi," kata Pek Nyen.
Sai Chiun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata warga Filipina di kolam ternakan ikan miliknya pada pukul 12.45 tengah malam, 16 Jun lalu.
Seorang lagi warganegara Malaysia, Konstabel Zakiah Aliep yang juga anggota Pasukan Polis Marin (PPM) pula diculik sekumpulan lelaki bersenjata pada 12 Julai lalu ketika membuat meronda di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna.
Mereka masih lagi ditahan oleh kumpulan bersenjata itu di Jolo, selatan Filipina. Credit Mstar
0 Response to "Luahan isteri : Kumpulan Abu Sayyaf ugut Penggal Kepala suami nya "
Catat Ulasan