Militan Negara Islam (IS) dilapor melancarkan bom yang mengandungi kala jengking hidup sebagai senjata terbaharu dalam peperangan di Iraq.
Menurut tentera British di Iraq, bom yang mengandungi kala jengking itu telah diletupkan di dua bandar sebelum ini.
Seorang pakar senjata kimia dan biologi, Hamish de Bretton-Gordon memberitahu," ia satu tindakan gila, IS mempunyai kandungan baru dalam bom mereka."
"Mereka menggunakan sesuatu yang asli dalam membentuk suasana panik.
"Kala jengking mampu berada di dalam bom itu untuk dilontar jauh sebelum mula membiak di kawasan peperangan.
"Memang tidak semua kala jengking beracun, tetapi IS cuba membentuk suasana panik," jelasnya.
0 Response to "Militan IS lancar Bom Kala Jengking hidup"
Catat Ulasan