Peminat restu Cinta Aman AF14 dan Elfira Loy


Penyanyi yang juga merupakan naib juara AF2014 iaitu Aman nampaknya sedang hangat menyulam cinta dengan aktres Elfira Loy.

Namun jangan salah sangka, mereka hanya bercinta menerusi telefilem terbaru arahan Michael Ang berjudul ‘Cinta Pertama Kali’.

Walaupun ini merupakan kali pertama pelajar berusia 21 tahun ini berlakon namun rata-rata peminat memberikan sokongan padu kepadanya.

Malah, menerusi ruangan komen pada foto yang dimuat naik oleh Aman dan Elfira sendiri di laman Instagram (IG) milik mereka, peminat juga merestui gandingan dua pelakon muda itu yang dianggap sesuai.


Selain itu pengikut Aman di IG juga memuji perubahan Aman yang nampak lebih berkeyakinan dan tidak lagi malu-malu seperti berada di Akademi Fantasia 2014.

Selain Aman, artis kelahiran AF2014 yang turut mendapat tawaran berlakon ialah Ziha, Zarif dan juga Ewal. Credit Astro Gempak 

0 Response to "Peminat restu Cinta Aman AF14 dan Elfira Loy"

Catat Ulasan