Puting beliung sudah sampai di Sabak Bernam

Sabak Bernam : Beberapa kawasan pertanian di daerah ini, dilanda puting beliung petang tadi.
Fenomena itu melanda kawasan sawah di tujuh kampung di daerah ini, kira-kira jam 5.40 petang tadi membabitkan Kampung Parit Lapan Gambut, Kampung Parit Satu Barat, Kampung Parit Dua SHD, Kampung Panchang Bedena, Kampung Parit Empat SHD, Kampung Parit Enam dan Kampung Sungai Nipah Baroh.
Komander Operasi Kanan Bomba Selangor Mohd Hissam Sidik, berkata pihaknya bagaimanapun tidak menerima sebarang maklumat mengenai kerosakan rumah dan harta benda serta kecederaan dialami penduduk kampung ekoran kejadian itu.
"Setakat ini kejadian dipercayai hanya berlaku di kawasan lapang dan tidak membabitkan rumah penduduk kampung.
"Bomba juga akan terus memantau sekiranya menerima maklumat kejadian ini kembali berulang," katanya.Credit BH 

0 Response to "Puting beliung sudah sampai di Sabak Bernam "

Catat Ulasan