Khabar angin yang mengatakan pemain Felda United, Indra Putra Mahayuddin bakal kembali menyarung jersi Kelantan sudah tersebar luas.
Indra dilaporkan sudah bertemu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan orang dalam persatuan turut memberi bayangan bahawa penghijrahan Indra ke Kelantan untuk musim 2015 hampir menjadi kenyataan.
Sekiranya desas desus itu benar, bukan sahaja penyokong The Red Warriors yang gembira, tetapi para pemain yang pernah beraksi bersama Indra pasti turut mengalu-alukan kedatangan beliau.
Namun semalam melaluai laman facebook Tan Sri Annuar musa beliau mengesahkan Indra akan tetap bersama Felda untuk musim 2015.
Begitu jugalah jawapan Indra melalui laman facebook nya yang mana Felda United masih memerlukan khidmat nya untuk musim 2015, beliau berterima kasih kepada penyokong Kelantan yang sentiasa berharap kehadiran nya bersama TRW untuk musim 2015.
Namun hasrat itu tidak dapat ditunaikan untuk musim hadapan yang mana TSAM juga telah memberi tahu Pasukan TRW telah lengkap di semua bahagian untuk musim 2015.
Pemain paling berpengaruh di Kelantan, Badri Radzi pernah menyuarakan keterujaannya sekira Indra pulang, selepas seorang lagi bekas pemain Kelantan, Norfarhan Mohd mengesahkan tempatnya bersama pasukan itu.
Badri atau lebih dikenali sebagai Piya percaya sekiranya gandingan lama itu dapat disatukan kembali, Kelantan mampu untuk melakukan kebangkitan pada musim depan, namun hasrat itu tidak dapat di tunaikan kerana Indra akan tetap bersama Felda untuk musim hadapan.
0 Response to "Rumors pasukan pilihan Indra Putra musim 2015 terjawab "
Catat Ulasan