Difahamkan ketika ini anakanda kelima Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim kini sedang gering dan difahamkan juga sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari pihak istana mahupun kerajaan negeri berkenaan penyakit baginda.
Laman blog dramadunia.my pada September lepas melaporkan rakyat negeri di selatan Semenanjung Malaysia itu kini diselubungi persoalan dan spekulasi mengenai kesihatan Tunku Abdul Jalil yang dikatakan sedang menerima rawatan di Singapura.
“As Salam, semenjak beberapa hari ini, saya ada banyak terbaca rumours pelbagai versi mengenai penyakit saya daripada beberapa page lain. Saya amat berharap followers saya tidak mudah percaya kenyataan yang dikeluarkan page lain selain page saya ini, terima kasih,” titah baginda di laman Facebooknya.
NAK LIHAT VIDEO KLIK SINI |
Hari ini, di laman Facebook Bersamamu Johor dimuatnaik satu rakaman video baginda menyanyikan lagu Salam Terakhir yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad bersama penyanyi terkenal negara Datuk Siti Nurhaliza di dalam sebuah wad hospital.
Tunku Abdul Jalil dilihat duduk di katil berduet bersama-sama Siti dan disaksikan kakitangan hospital berkenaan.
Dari laman Facebook berkenaan, video berkenaan dirakamkan pada hari ini namun tidak dapat diketahui siapa yang mula memuatnaik video berkenaan di internet.
Beberapa gambar di laman blog itu juga menunjukkan baginda turut dikunjungi para pemimpin antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Rakyat negeri Johor juga sebelum ini dilihat banyak membawa sepanduk atau kain rentang #Pray4TunkuJalil sehinggakan ke Stadium tempat pasukan Johor Daruk Ta’zim beraksi.
Apapun, patik berharap baginda Tunku Abdul Jalil akan sembuh daripada penyakitnya dan kembali seperti sediakala. Credit Mynewshub
0 Response to "Sayu : Tunku Abdul Jalil Gering, berduet bersama Siti Nurhaliza di Hospital"
Catat Ulasan