Isteri penyanyi rock terkenal, Rozana
Misbun membuat laporan di Balai Polis Butterworth, 3.30 petang pada
Selasa berhubung dakwaan sijil pernikahannya dengan Awie sejak sembilan
tahun lalu dipercayai palsu.
Rozana, 36, hadir bersama peguam syarie,
Nor Azmi Mohd Arif terlebih dahulu hadir ke Bahagian Penguatkuasa
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 3 petang untuk
membuat aduan sebelum diminta membuat laporan polis untuk tindakan
selanjutnya.
Nor Azmi berkata, dia bersama anak
guamnya hadir untuk membuat aduan dan semakan mengenai pengesahan sijil
perakuan nikah antara Rozana dan Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar
Othman, 46, yang dipercayai palsu.
Jelasnya, pihaknya tampil ke Bahagian
Penguatkuasa JHEAIPP untuk membuat aduan dan semakan selepas sijil
perakuan nikah yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam
sebelum ini didapati tidak didaftarkan.
Menurutnya,
pihaknya menerima surat daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Undang-Undang Keluarga Islam JHEAIPP pada 4 Julai lalu mengesahkan surat
perakuan nikah anak guamnya tidak didaftarkan.
Sebagai rekod Awie telah dihadapkan ke
Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja
mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman
mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.
Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Awie dan Rozana bernikah di Songkhla,
Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan
tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan
Puteri Qasseh Antasha, 4.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Awie
bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu
Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini
tinggal bersama Awie. Credit Therakyatpost
0 Response to "Sijil nikah mereka dipercayai palsu, dakwa Rozana"
Catat Ulasan