Gerik : Jalan utama menuju ke Kelantan melalui Gerik tidak dapat di lalui akibat jalan runtuh malam tadi, dalam kejadian tesebut sebuah lori dengan muatan ayam hidup terjunam kedalam gaung.
Lari tersebut dalam perjalanan menuju Kota Bharu menghantar ayam, namun kini bekalan ayam terbabit tidak dapat di hantar akibat tanah runtuh tersebut.
Lima lori saya tidak dapat menghantar bekalan ayam hidup ke Kota Bharu. Satu daripadanya terjunam ke dalam gaung, bagaimanapun pemandunya selamat,” kata Zukila Draman, 36.
Zukila atau terkenal dengan panggilan Jukee Ayam adalah pemilik lori yang terjunam ke dalam gaung selepas jalan runtuh di Kilometer 63 Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa, 8.40 malam tadi.
Terdahulu, gambar mengenai kejadian berkenaan tersebar di laman sosial dengan pelbagai andaian. Menurutnya, lori yang terjunam ke dalam gaung itu membawa muatan 3,200 ekor ayam.
Hari ini saya terpaksa menutup perniagaan berikutan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad mengesahkan kejadian itu. Katanya, laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.
Ekoran kejadian itu satu lagi jalan utama ditutup menuju ke Kelantan setelah jalan Kuala Lipis Gua Musang di tutup akibat banjir besar.
0 Response to "Terkini : Laluan Gerik ke Kelantan di tutup tanah runtuh, lori masuk gaung "
Catat Ulasan