Penyelidik berjaya menemui satu hidupan pelik yang di beri nama iblis laut atau the Black Seadevil, penemuan ini di anggap pelik dan menakjubkan.
Spesis ikan ‘the Black Seadevil’ atau iblis laut merupakan hidupan laut yang hidup di laut dalam di Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik.
Namun penemuannya yang sangat jarang dilaporkan menimbulkan keraguan terhadap kewujudan spesies ini.
Menerusi sebuah laporan berita SFGate, Institut Kajian Akuaria Teluk Monterey (MBARI) melaporkan menemui spesies ini yang sepanjang lapan sentimeter pada November lalu.
Malah, kumpulan penyelidik institusi berkenaan turut merakamkan video berdurasi lebih 10 saat untuk mendedahkan hidupan tersebut kepada orang ramai.
Sementara itu, Ketua kumpulan penyelidik, Bruce Robinson berkata, penemuan tersebut dilakukan pada kedalaman 1,900 kaki daripada permukaan laut.
“Ia merupakan kali pertama pihak kami berjaya merakamkan hidupan tersebut di habitatnya, spesies ini adalah antara yang paling jarang ditemui di semua kawasan laut dalam,” katanya.
Iblis laut pada kebiasaannya hidup di laut dalam dan tidak pernah mendedahkan dirinya di permukaan laut seperti hidupan laut yang lain.
Ikan ini dikatakan mempunyai daya penglihatan sangat tajam dan boleh memakan mangsa yang lebih besar daripada saiz badannya berikutan tahap fleksibiliti yang tinggi pada bahagian perut.
Iblis laut ini dikatakan tergolong antara lima spesies dalam keluarga Melanocetus, Untuk rekod, Iblis laut ini pernah menjadi watak di dalam filem animasi Finding Nemo yang ditayangkan pada tahun 2003. Credit Sinar
0 Response to "Video : Penyelidik temui iblis laut"
Catat Ulasan