Video : Ziana Zain buat perangai di Bumi Turki

Memang jarang bagi peminat setia diva pop Ziana Zain dapat melihat gelagat atau keletah penyanyi kesayangan ramai itu apabila tidak berada di atas pentas.

Mungkin kerana Ziana Zain sering digambarkan sebagai penyanyi hebat yang tidak pernah mengecewakan peminatnya dengan persembahan membanggakan kala berada di atas pentas mahupun di kaca TV.

Malah apabila berada di hadapan khalayak, penyanyi Puncak Kasih itu cukup pandai membawa diri sebagai seorang selebriti yang amat disegani sesuai dengan persalinan yang sering digayakan.

Namun ketika berpeluang berkunjung ke negara Turki bersama-sama peminatnya baru-baru ini, Ziana Zain telah menyerlahkan warna dirinya yang sebenar di sebalik kedinginan bumi kegemaran  ramai pelancong serata dunia itu.

Sama ada ketika menikmati juadah di dalam restoran, mahupun  beriadah di destinasi indah serata Turki, Ziana Zain telah melontarkan vokalnya yang padu itu menerusi beberapa buah lagu popular penyanyi berkenaan.

Tanpa terselitpun perasaan malu atau segan, Ziana Zain telah mempamerkan pengalamannya sebagai seorang penyanyi profesional di hadapan peminat dan juga rakyat negara berkenaan.

Ziana Zain telah menghadiahkan peminatnya dengan lagu-lagu seperti Madah Berhelah, Puncak Kasih dan Senja Nan Merah yang telah dirakamkan seiringan dengan riak caranya untuk tatapan peminatnya di luar sana.

Portal murai.com.my telah diberikan kesempatan untuk menyiarkan klip video istimewa Kembara Ziana Zain di Turki 2014 yang telah dirakamkan oleh salah seorang peminatnya ketika sama-sama menyertai rombongan berkenaan. Credit Murai

0 Response to "Video : Ziana Zain buat perangai di Bumi Turki"

Catat Ulasan