Foto Tiz Zaqyah berenang di pantai yang cantik sambil bercuti


Kami sebenarnya tertarik dengan sikap Tiz Zaqyah dan rakan Tasha Shilla yang tidak menggembar-gemburkan percutian mereka baru-baru ini bersama orang tersayang dipercayai di Thailand. 

Bukan apa, ada juga sesetengah orang yang tak kisah berkongsi gambar mesra sewaktu bercuti dengan kekasih walaupun sedar diri mereka bakal dikecam. 

Pada mulanya kami sangka hanya Tiz sahaja yang seronok bermain air di pulau bersama buah hati pengarang jantung, rupa-rupanya Tasha dan kekasihnya, Han juga turut bersama mereka.




Yang kami kagum, Tasha sebelum ni boleh dikatakan agak kerap memuat naik foto bersama Han di Instagram tapi baru-baru ini dah makin berkurang. 

Foto percutian mereka juga langsung tak dikongsi bersama peminat secara terbuka, kalau ada pun hanyalah sekeping foto pemandangan pulau dimuat naik seminggu lalu. Credit Kamithemedia

0 Response to "Foto Tiz Zaqyah berenang di pantai yang cantik sambil bercuti"

Catat Ulasan