Sekalipun ditimpa kemelut dengan isterinya, Rozana Misbun, namun penyanyi dan pelakon Awie akui sambutan lebaran kali ini lebih bermakna buat dirinya
“Alhamdulillah…Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna kerana saya akan bersama dengan kelima-lima anak saya.
“Pada hari raya pertama, saya dan anak-anak akan beraya di rumah ibu saya di Cheras,” katanya vokalis kumpulan Wings ini kepada Astro Gempak.
Tambah Awie lagi, persiapan Aidilfitri pada tahun ini diuruskan sendiri olehnya.
“Persiapan raya saya dan anak-anak setakat ini cukup lengkap semuanya. Saya memang lebihkan anak-anak kerana mereka yang paling seronok setiap kali hari raya.
“Biarpun sederhana, asalkan anak-anak saya gembira. Mereka juga teruja mahu beraya bersama nenek mereka di Cheras.
“Juadah raya semua ibu yang sediakan…Kuih muih…rendang…semua air tangan ibu saya…,” katanya teruja.
Sebelum mengakhiri perbualan Awie sempat bercerita tentang keterujaan anak-anaknya membeli belah baju raya dan kelengkapan lain.
“Mereka memang paling seronok bila saya kata nak belanja baju raya…Rupanya masing-masing dah ada ‘plan’ nak bergaya sakan,” katanya sambil ketawa terkenangkan gelagat anak-anak. Murai

0 Response to "Tanpa isteri, Hari Raya Aidilfitri Awie lebih bermakna ?"
Catat Ulasan