Sehari dua ini satu Resepi Jeruk Mangga Asam Boi telah jadi viral di media sosial dan blog-blog, nama nya resepi ini telah dikongsi oleh ramai orang untuk mencuba nya.
Disebabkan Resepi ini admin pun tidak lepas peluang untuk mencuba resepi Jeruk Mangga Muda ini, rupa resepi ini dah lama dan ada facebook page pun cuma sehari dia ini telah menjadi viral.
Antara facebook yang sempat admin jenguk adalah facebook Cik Jan dan ada 33K orang yang " Like " page ni yang pasti Resepi Mangga Asam Boi Cik Jan ini sememang mendapat perhatian ramai.
Ingredients
cili kering
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
4 ketul gula melaka
1 kampit garam
buah mangga muda
Instructions
satukan buah mangga muda yang telah ditoskan dengan air gula dan cili kering kisar tadi...gaul rata-rata...masukkan sedikit garam secukup rasa...isikan ke dalam botol...biarkan selama 1-2 hari supaya air gula dan cili meresap...sedap dimakan sejuk...jadi, simpanlah dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap lagi...jeruk ini boleh tahan 2-3 bulan kalau disimpan tp selalunya tak sampai seminggu dah habis
1
cili kering dijerang bersama air...kemudian, dikisar...buat ikut selera sendiri...kalau hendak pedas, sediakanlah banyak-banyak...kalau hendak kurangkan pedas, bolehlah buangkan bijinya dahulu...
2
petik/kutip/beli buah mangga muda secukupnya...potong dan belah 4...kalau buahnya kecil, belah 2 shj...buang bijinya...basuh dan bilas bersih-bersih buangkan getahnya...
3
rendam buah mangga muda dalam besen/periuk besar dengan sekampit garam selama 1-2 hari sehingga kulit mangga muda bertukar kekuningan...
4
jerang 4 ketul gula melaka dan 1 1/2 cawan gula pasir bersama 6 cawan air di atas api sederhana...boleh tambahkan air lagi jika rasa pekat...air gula ini dibiarkan sejuk.
Itu lah resepi nya yang admin dapat dari Facebook Page Cik Jan, pada mereka yang tiada masa untuk membuat sendiri Resepi ini boleh lah order yang sudah siap.
Pasti akan membuka selera sesiapa sahaja yang melihat dan memakan nya, sudah meleleh air liur admin melihat Jeruk mangga asam boi ini, cepat cuba resepi ini atau order sahaja. Oleh Tiffany HNS
Bpr lama boleh tahan lau x msuk peti?kalau utuk jualan..yg dah siap di simpan dlam balang?
BalasPadam