London : Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota
kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah
pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali
oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan
yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon
sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks,
dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai
demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran
orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan
selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri
mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah
hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam
yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan
telefon berkenaan. Credit Suara TV
0 Response to "Tidak tahan 30 kali diperkosa wanita hamba S3KS rayu rumah di bom "
Catat Ulasan