Baucer kerja RM35 untuk rakyat miskin di bandar ?



Selepas ini, individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari  ( sekitar RM1000 sebulan ) menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia. 
Program perintis yang akan dilancarkan April ini, akan menyaksikan pembabitan 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar. Sehingga kini, berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar sudah mencecah 500,000 orang.
Syarat Untuk Menerima Bantuan Baucar Kerja
1. Mendapat pekerjaan sambilan.
2. Jumlah tersebut boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut
3. Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar.
4. Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran turut akan diberikan pertimbangan untuk kelulusan.
5. Mendaftar di pangkalan e-kasih di JobsMalaysia. Pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil. ( e-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. )
6. Individu yang layak akan dihubungi secara terus.
Bagi individu yang terikat dengan kontrak pengambilan pekerja yang tidak membenarkan mereka melakukan dua kerja pada masa yang sama, JobsMalaysia akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk berunding dengan majikan bagi membenarkan pekerja untuk melakukan kerja sambilanwanista

0 Response to "Baucer kerja RM35 untuk rakyat miskin di bandar ?"

Catat Ulasan