Padah Rogol gadis bawah umur sebelum di kahwin nya lelaki penjara 12 tahun !

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap bekas pengurus restoran kerana kesalahan merogol gadis bawah umur yang kemudian dikahwininya.
Hakim Ummu Khaltom Abd Samad memutuskan Riduan Masmud, 40, bersalah merogol pelajar perempuan yang ketika kejadian berumur lingkungan 12 tahun, sekitar 9 pagi hingga 10 pagi di dalam sebuah kereta di tepi jalan dekat kawasan Air Terjun Kionsom di Inanam pada 18 Februari tahun lepas.
Ummu Khaltom berkata bapa kepada empat anak itu juga akan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun setelah tamat menjalani hukuman itu.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Beliau turut memerintahkan Riduan membayar wang jaminan RM15,000 dengan dua penjamin yang mana seorang daripada penjamin adalah isterinya.Mstar

0 Response to "Padah Rogol gadis bawah umur sebelum di kahwin nya lelaki penjara 12 tahun !"

Catat Ulasan