info : Ramai jadi mangsa duit ditelan Mesin ATM !

Pelanggan di sebuah bank berang apabila gagal mendapatkan wang mereka setelah membuat transaksi pengeluaran di mesin pengeluaran tunai (ATM).
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.45 malam semalam di Jalan Genting Klang mendapati tiga orang pelanggan yang menjadi mangsa sedang menghalang orang ramai daripada menggunakan mesin tersebut.
Salah seorang mangsa Mohd Azli Alizan, 24, ketika dihubungi Rakyat News memberitahu, kejadian yang berlaku telah mengakibatkan beliau ‘berlapar’ untuk beberapa hari berikutan cuti umum pada Sabtu dan Ahad.
Saya semak baki akaun saya ada RM107 dan mengeluarkan RM100. Kad bank keluar daripada slot tetapi duit tak keluar, begitu juga dengan resit. Ingatkan ada orang ‘panjang tangan’. Saya semak semula akaun dan mendapati baki tinggal RM7. Saya terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan untuk membuat aduan. Operator kemudiannya memberikan saya nombor laporan dan meminta saya untuk datang semula ke kaunter bank pada Isnin ini,” katanya yang menggunakan kad bank itu sendiri dan bukannya melalui sistem pembayaran elektronik (MEPS).
Tambah Azli, seorang wanita warga emas berbangsa Cina turut menjadi mangsa apabila ‘ditelan’ sejumlah RM500 dilokasi sama. Katanya lagi, rakan beliau yang bekerja di sebuah bank mengatakan bahawa kejadian sama turut berlaku kepada pelanggan di bank-bank yang lain.
Sudahlah simpanan saya itu untuk kegunaan perbelanjaan mingguan sementara tunggu gaji. Hendak makan, isi minyak petrol untuk motor. Sakit hati, ikutkan hendak saja pecahkan mesin ATM bank tersebut,” katanya dengan nada kesal.
Sementara itu seorang lagi mangsa Vella, 36, berkata, operator di Khidmat Pelanggan tidak membenarkan beliau dan Azli daripada membuat laporan kepada pihak polis.
“Saya tanya orang itu (operator) kami perlu buat laporan polis atau tidak, dia kata tak perlu. Ini hal buat orang susah. Lagi hari minggu, kita mahu pakai wang,” ujar beliau.
Vella ketika itu ingin mengeluarkan wang gaji milik abangnya berjumlah RM430 gagal apabila hanya kad sahaja yang keluar daripada slot mesin ATM itu. Selain itu Vella juga beranggapan bahawa kejadian yang menimpa mereka ada kaitan dengan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang buat pertama kali diagihkan menerusi akaun bank penerima sekaligus mengakibatkan ‘kerosakan’ pada mesin ATM.
“Ramai kawan saya cakap banyak bank jadi seperti ini. Orang kata ini disebabkan oleh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya. Credit TT 

0 Response to "info : Ramai jadi mangsa duit ditelan Mesin ATM !"

Catat Ulasan