Sedih : Pasangan di Sweden bersalah di jatuh hukuman penjara

Azizul Dan Shalwati di dapati BERSALAH dan di hukum penjara 10 bulan dan 14 bulan, pasangan Malaysia di Sweden yang didakwa memukul anaknya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di negara itu kerana melanggar hak integriti anak-anak mereka.
Pengarah Tourism Malaysia Azizul Raheem Awaluddin dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana didapati bersalah melanggar mencabul integriti anak lelaki paling tuanya, Ammar, 13 tahun, memukul anak sulungnya Aisyah, 15 tahun dan Adam, 12 tahun.
Azizul bagaimanapun dilepaskan dari tuduhan melakukan keganasan ke atas anak bongsunya, Arif, 8 tahun.
Isterinya, Shalwati Norshal dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan kerana mencabul hak integriti Aisyah, termasuk didapati bersalah memukul dua lagi anak lelakinya iaitu Adam dan Arif.
Ibu bapa kepada kanak-kanak itu Azizul Raheem Awalludin seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi.
Mereka ditahan oleh pihak berkuasa negara itu untuk siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak solat, semoga mereka berdua tabah. – Credit BS 

0 Response to "Sedih : Pasangan di Sweden bersalah di jatuh hukuman penjara "

Catat Ulasan