Mulianya hati pelakon Anzalna Nasir yang sanggup mencari seorang kanak-kanak penghidap penyakit barah saraf yang dikhabarkan terkilan hendak apabila tidak dapat berjumpa dengannya ketika sebuah kunjungan artis-artis diadakan di sebuah bazaar di Melaka.
Anzalna mengetahui hal tersebut selepas dia terbaca sebuah keratan akhbar mengenai adik itu yang teringin sangat ingin berjumpa dengan pelakon berkenaan.
Namun setelah berusaha mencari adik itu, akhirnya menurut Anzalna keesokan harinya dia berjaya menghubungi keluarga Iqbal dan mereka bakal berjumpa pada 24 Julai depan, Anzalna juga meminta supaya lebih ramai memberikan sumbangan kepada adik Iqbal. Murai
0 Response to "Anzalna Nasir sedia jumpa Adik Iqbal pesakit kanser "
Catat Ulasan