Gambar " Selfie " terakhir ibu dan anak dalam MH17 bersedia untuk berlepas ke KL

Seorang ibu dan anak beliau dengan wajah yang berseri-seri serta gembira dihadapan kamera untuk merakam " Selfie " mereka berdua tanda kegembiraan dan kenangan dalam pesawat MH17 untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat pesawat terbabit.

Melalui gambar ini Gary Slok, 15, kelihatan mengambil gambar bersentuh lengan dengan  ibunya Petra di tempat duduk mereka manakala penerbangan MH17 bersedia untuk berlepas. 

Hanya tiga jam di udara selepas Boeing 777 berlepas di ketinggian 33,000 kaki pesawat membawa mereka telah di tembak yang  membunuh semua 298 penumpang dan anak kapal. 

Pasangan ibu tunggal dan anaknya itu dari Belanda  dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bercuti, Gary adalah seorang penjaga gol untuk pasukan bola sepak tempatan di Maassluis, dan semalam rakan sepasukannya mengadakan peringatan untuk nya. 

Jurucakap kelab bolasepak nya  berkata ,Gary dan ibunya Petra dalam perjalanan ke Malaysia untuk bercuti yang merupakan impian hidup mereka. 

Malangnya mereka tidak pernah mendapat peluang untuk memenuhi impian itu hanya cerita dan gambar beliau yang terakhir hanya menjadi kenangan untuk para rakan-rakan nya yang bersedih dengan apa yang berlaku terhadap Gary dan ibu nya. 

0 Response to "Gambar " Selfie " terakhir ibu dan anak dalam MH17 bersedia untuk berlepas ke KL "

Catat Ulasan