Tindakan Wanita Cina Memakai Baju dengan Ayat Qur'an Mengundang Marah, perkara ini berlaku seorang wanita Cina atau korea yang keluar membeli-belah sambil memakai baju dengan cetakan corak yang dipercayai ayat-ayat suci Al-Qur'an seterusnya menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di negara ini.
Perbuatan wanita itu yang mendapat teguran dan dimarahi oleh seorang lelaki Arab ketika dia berada di pasar raya Hero Taman Dagang, Ampang petang semalam.
Lelaki Arab itu walaupun marah, tetapi dia hanya meluahkannya melalui kata-kata dan tidak bertindak fizikal. Tidak diketahui sama ada ia disengajakan atau provokasi.
Secara peribadi penulis rasa wanita berkenaan mungkin tidak memahami apa yang dipakainya akan mendatang kan rasa kurang senang masyarakat Islam.
Mengikut sumber menerusi facebook seorang lelaki mendakwa wanita yang memakai baju ayat suci tersebut adalah seorang pelancong yang berasal dari korea, beliau telah membeli baju tersebut ketika melancong di India, dan memakai nya ketika melancong di negara ini, beliau tidak tahu ini menimbulkan kemarahan orang ramai disini.
Beliau juga menyarankan masyarakat jangan mudah menundungjari kepada kaum lain yang boleh menimbulkan isu yang boleh mengeruhkan suasana yang tidak selesa di kalangan masyarakat negara ini.
Diharap kes ini dapat dijelaskan sebaik mungkin oleh pihak berwajid supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku dimasa-masa akan datang. Credit Daengselili, DTR
0 Response to "Punca wanita pakai baju Ayat suci yang timbulkan kemarahan ?"
Catat Ulasan