Kajol berpakaian wanita di penjara dan di denda


Gua Musang: Penyanyi dikir barat terkenal Kelantan Kajol dipenjara enam minggu dan denda RM1,000 di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, sebentar tadi, terhadap tuduhan berpakaian wanita dua bulan lalu.
Hakim Syarie Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Kajol atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri, 28, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa berlagak seperti perempuan dengan berambut panjang berwarna coklat, bibir bergincu, berpakaian wanita berwarna hitam serta memakai coli, bersubang dan memakai beg tangan perempuan. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Perumahan Felda Aring Enam, Gua Musang pada jam 11.45 malam, 7 Mei 2014.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan. Credit HM

0 Response to "Kajol berpakaian wanita di penjara dan di denda "

Catat Ulasan