Kuantan : Mahkamah Sesyen Kuantan memerintahkan Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, melakukan kerja kemasyarakatan selama 240 jam dan didenda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan khianat kepada kereta milik warga emas, Sim Hiak Hong, 68, minggu lalu.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Kiki didakwa melakukan khianat terhadap Toyota Corolla milik Sim dengan cara mengetuk bahagian depan dan atas bonet dan cermin depan kereta itu menggunakan pengunci stereng kereta menyebabkan mangsa kerugian RM500.
Wanita didakwa melakukannya di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, kira-kira jam 1.10 tengahari, pada 14 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, video kejadian itu menjadi viral di laman sosial apabila memaparkan tindakan ganas seorang wanita membuli warga emas selelas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan.HM
0 Response to "Kiki di penjara 3 bulan atau denda RM5000 "
Catat Ulasan