Scha Al-Yahya selamat lahir bayi perempuan

Kuala Lumpur: Pelakon Scha Al-Yahya, 31, selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, jam 5.50 petang semalam.
Berita itu dimaklumkan suaminya yang juga pelakon, Awal Ashaari, 33, menerusi Instagram pagi tadi, Awal memaklumkan bayi seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal dan isterinya dan bayi sulung mereka itu berada dalam keadaan sihat. 
Awal turut berkongsi gambar tangan anaknya itu menggenggam jarinya dan meminta peminat mendoakan mereka berdua.
Awal turut berkongsi gambar tangan anaknya itu menggenggam jarinya dan meminta peminat mendoakan mereka berdua.
Namun tidak memaklumkan nama anak sulungnya itu, Pasangan ini berkahwin pada 4Mei 2012 di Putrajaya.HM

0 Response to "Scha Al-Yahya selamat lahir bayi perempuan"

Catat Ulasan