Sedih Anak Linda Rafar menangis teresak-esak ingat arwah abang | Sudah memasuki hari ketujuh sejak pemergian anak keduanya, Rezaimen Keiflin Keifli pada 5 Julai lalu, pastinya sedikit sebanyak sebagai seorang ibu, Linda Rafar masih lagi terasa kehilangan anak yang ditatang sejak dari kecil tiba-tiba pergi dahulu sebelum dirinya.
Jika diperhatikan menerusi laman Instagram Linda, bekas penyanyi kumpulan Elite ini dilihat sering berkongsi gambar kenangan dengan arwah anaknya yang meninggal dunia disebabkan ketumbuhan kronik dalam perut yang dihidapi Rezaimen atau Memen sejak awal tahun lalu.
Tonton Video di sini |
Semalam, Linda berkongsi sebuah video yang memaparkan anak bongsunya, Syed Aaqib menangis tersedu-sedu mengenangkan arwah abangnya.
Memang sayu dan sedih melihatnya, seolah-olah di usia semuda itu, Aaqib sudah mengerti bahawa dia sudah kehilangan abang keduanya itu buat selama-lamanya.
Semoga roh arwah Memen tenang di sana dan dicucuri rahmat Allah SWT. Al-Fatihah. sumber
0 Response to "Sedih anak Linda Rafar menangis teresak-esak ingat arwah abang !"
Catat Ulasan