Axelle gadis World Cup di lamar jadi model L’Oreal | Tidak sia-sia bagi Axelle Despiegelaere menyaksikan perlawanan piala dunia di Brazil. Meskipun negaranya, Belgium tewas kepada Argentina, namun Axelle mendapat `kemenangan’.
Apa tidaknya, gambarnya ketika memberikan sorakan kepada Belgium pada Piala Dunia dan tersebar ke seluruh dunia itu, rupa-rupanya telah menarik perhatian syarikat L’Oreal.
Syarikat berkenaan telah melamar Axelle untuk menjadi modelnya bagi produk penjagaan badan.
Alangkah bertuahnya Axelle, dan dia telah memuat naik entri dalam Facebooknya bahawa dia akan menerima tawaran kontrak daripada L’Oreal.
Sekembalinya ke Belgium, Axelle juga telah membuka profesional akaun dalam Facebook dan kini dia sudah menerima lebih 200,000 likes. MNH
0 Response to "Video - Axelle gadis World Cup di lamar jadi model L’Oreal "
Catat Ulasan