Bayi tersangkut dalam baldi, dia rilek " selfie " ibu nya cemas | Kanak-kanak memang akan mencuba sesuatu yang baru terutama apabila baru belajar berjalan. Tetapi bagi si kecil Minnie Snodgrass, yang berusia 16 bulan, tempat yang dipilihnya itu memang berbeza dengan budak lain.
Minnie memilih baldi. Dia masuk ke dalam baldi itu kemudiannya tersekat dan tidak boleh keluar.
Ia menyebabkan ibunya, Gemma yang sedang mengemop lantai terkejut melihat keadaan anaknya itu.
Emma kemudiannya menghubungi ibunya, Rose Cope dan mereka membawa si kecil itu ke hospital.
Dalam perjalanan ke hospital, si kecil Minnie tidak menangis sebaliknya menikmati tempat barunya itu meskipun dia tersekat di dalamnya.
Setibanya di hospital, orang ramai yang menyaksikan Minnie terperangkap dalam baldi besi itu tidak dapat menahan ketawa.
Jururawat kemudiannya menghubungi bomba dan empat anggota bomba telah memotong baldi berkenaan.
“Selepas ini saya perlu memerhatikan Minnie selalu supaya dia tidak tersekat atau mencuba sesuatu yang baru,’’ kata Emma.
Pengalaman tersekat dalam baldi itu bagaimanapun tidak menjadikan Minnie serik, sebaliknya selepas pulang ke rumah, dia terus memanjat tangga. sumber
0 Response to "Video - Bayi tersangkut dalam baldi, dia rilek " selfie " ibu nya cemas "
Catat Ulasan