Video : Korea Utara dakwa menang Piala Dunia dengan tipu rakyat sendiri ?

Biarpun pasukan bola sepak Jerman sudah pun menikmati kemenangan trofi Piala Dunia FIFA edisi 2014 di Brazil baru-baru ini, tetapi pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un masih tidak puas menipu.
Dalam satu laporan berita negara itu, mereka mendakwa negara mereka memenangi Piala Dunia dengan menewaskan Brazil pada perlawanan akhir dengan jaringan 8-1.
Menggunakan teknik suntingan, mereka menipu rakyat mereka sendiri dengan mencantumkan beberapa visual termasuk visual pemain Brazil David Luiz yang menangis selepas kekalahan 1-7 dengan Jerman pada separuh akhir.
Visual itu dikatakan sebagai tangisan Brazil selepas kalah dengan Korea Utara 1-8.
Petikan berita itu dimuatnaik di laman YouTube, Korea News Backup pada 15 Julai lepas. Sebelum ini, mereka menipu dengan mengatakan pasukan Korea Utara layak ke peringkat kalah mati selepas menewaskan China, Amerika Syarikat dan Jepun.
Berita itu turut memaparkan senarai jaringan pada peringkat kalah mati yang tidak disiarkan pun di negara itu dengan jumlah jaringan yang pelik dan kelakar.
Mari kita lihat keputusan yang direka-reka oleh puak penipu ini. Pada perlawanan pertama mereka menewaskan Jepun 7-0, perlawanan kedua tewaskan Amerika Syarikat 4-0 dan perlawanan ketiga tewaskan China 3-0.
Pada peringkat kalah mati pula, konon-konon mereka menewaskan Portugal 7-0 dan peringkat suku akhir menewaskan Jerman 2-1 dan di separuh akhir menewaskan musuh tradisi Korea Selatan 3-0.
Penipuan di bahagian terakhir ialah apabila memaparkan keputusan perlawanan akhir ciptaan mereka iaitu menentang Brazil dan mereka menang dengan jaringan besar 8-1.
Biarpun mereka menghalang rakyatnya daripada menerima maklumat daripada luar tetapi Korea Utara mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berjaya pada segala segi dan menjadi yang terbaik di dunia.
Tetapi dengan cara menipu sebegini, ia adalah namanya kerja bodoh secara yang amat melampau. Credit Mynewshub 

0 Response to "Video : Korea Utara dakwa menang Piala Dunia dengan tipu rakyat sendiri ?"

Catat Ulasan