10 Gambar Pesawat Taban Airlines terhempas 40 maut


Tehran : Lebih 40 orang dilaporkan terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang Taban Airlines terhempas jam 9.18 pagi tadi, waktu tempatan.

Ketika kejadian, pesawat dalam perjalanan ke Tabas, sebuah bandar yang terletak di timur negara itu.







Laporan stesen televisyen negara tersebut menyebut pesawat berkenaan terhempas di Azadi, ke arah barat Lapangan Terbang Mehrabad, namun angka korban tidak menyebut sama ada melibatkan penduduk kawasan berkenaan.

Setakat ini, punca nahas belum dapat dipastikan, namun ada laporan menyebut ia disebabkan masalah pada enjin pesawat tersebut sebaik ia berlepas.

0 Response to "10 Gambar Pesawat Taban Airlines terhempas 40 maut "

Catat Ulasan