Pertama kali memakai kostum raya, khusus untuk Aidilfitri kali ini, Tasha Shilla dan lelaki yang cukup istimewa dalam kehidupannya kini, Wong Han Chen atau Han sebaliknya bukan meraikan hari perayaan tersebut bersama-sama.
Mereka sebenarnya memakai pakaian raya itu untuk sama-sama menghadiri rumah terbuka Aidilfitri buat pertama kali bersama iaitu pada Sabtu 2 Ogos lalu bersamaan pada hari raya keenam.
Kebetulan Tasha yang dihubungi menerusi telefon pada hari raya keenam tersebut menegaskan, dia dan Han bakal beraya pada sebelah malamnya di rumah keluarga dua sahabat Han yang hanya dikenali sebagai Aiman dan Imran di Subang Jaya, Selangor.
"Han tinggal bersama keluarganya di Wangsa Baiduri, Subang Jaya. Di situ, dia sudah biasa dengan kejiranan Melayu. Aiman dan Imran yang tinggal di situ bersama keluarga masing-masing merupakan kawan baik Han," jelas Tasha.
Cerita Tasha mengimbas kembali sambutan Aidilfitri pada Isnin, 28 Julai lalu, pada mulanya dia merancang untuk membawa Han pulang beraya di kampungnya di Kulai, Johor.
"Namun, Han tak dapat cuti daripada tugasannya," ujarnya tentang Han yang kini mengusahakan bisnes keluarganya.
Tambah Tasha: "Tasha balik beraya di Kulai pada hari raya pertama selepas terlebih dahulu beraya di kediaman keluarga Tasha di Ampang, Selangor.
"Kami bertolak ke Kulai pada pukul 11 pagi, konvoi dua buah kereta. Tasha, mama (ibu) dan adik Tasha satu kereta, manakala keluarga bapa saudara Tasha naik kereta yang sebuah lagi. Bapa Tasha memang tak ikut pulang ke Kulai."
"Menariknya, tiada kesesakan lalu lintas, kira-kira empat jam dah sampai di Kulai. Namun, Tasha beraya di sana tidak lama, dua hari sahaja. Pada hari raya ketiga, kami sudah pulang ke Ampang."
Bagaimanapun, Tasha mengakui Aidilfitri kali ini tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Sememangnya, Aidilfitri bagi kita yang sudah dewasa ini tidak semeriah ketika zaman kanak-kanak. Biasanya di Kulai, Tasha dan keluarga berkumpul di rumah mak ngah.
"Adik-beradik mama termasuk dia, kesemuanya berjumlah 12 orang dan mak ngah merupakan anak perempuan sulung. Tapi tahun ini, tak ramai anak-anak mak ngah pulang beraya di Kulai kerana beraya di rumah mertua masing-masing.
"Jadi, itu antara yang menyebabkan raya di sana kali ini tidak begitu meriah," ujar Tasha yang menggemari lemang dan rendang sebagai juadah utama di hari raya. Kosmo
0 Response to "3 Gambar Tasha Shilla dan kekasih nya Han di Hari Raya "
Catat Ulasan