4 Gambar kes perkosa dijadikan sumber inspirasi ?

Bagi jurugambar India, Raj Shentye, semuanya nampak sempurna. Sebagai jurugambar profesional, tugasnya adalah menghasilkan satu siri gambar yang bukan sahaja cantik, tetapi mempunyai mesej yang kuat.

Kerana itu, dia memilih tema keganasan seksual terhadap wanita untuk diekspresikan. Tajuk 'The Wrong Turn' diberikan pada projek itu.

Sayangnya, apa yang diharapkan menjadi eskpresi fesyen dalam bentuk mesej kemanusiaan, nampaknya tidak menjadi. Raj sebaliknya dihentam dan dikritik, malah ada yang menganggap dia menyokong keganasan seksual terhadap wanita.


Tidak sukar untuk melihat kenapa rancangan Raj tidak menjadi. Gambar dari projek itu disifatkan ramai sebagai 'ulangan' atau adaptasi kisah ngeri seorang wanita yang dirogol beramai-ramai di dalam bas di New Delhi pada tahun 2012. Wanita tersebut bergelut untuk hidup, dan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Entah kenapa, saya melihat foto-foto ini tidak lebih daripada kegagalan Raj mengawal kehendak dirinya sendiri. Mungkin mereka yang 'berseni' boleh memahami mesej yang cuba dipersembahkan di sebalik gambar-gambar yang diambil. Tetapi apa yang jelas, ia hanya mempergunakan wanita, atas nama fesyen dan kelas.

Raj sepatutnya lebih memahami sensitiviti komuniti di sekelilingnya. Jenayah rogol dan bunuh adalah sangat kritikal di India. Gambar-gambar sebegini hanya akan menyumbang kepada berlakunya lebih banyak kes seumpamanya.

Jenayah adalah sesuatu yang keji, tetapi kini dijadikan sumber inspirasi. I don't suppose anyone needs to be told what's wrong with that sentence ?

Perbuatannya Raj ternyata menimbulkan kemarahan penduduk India yang mengatakan dia tidak sensitif dengan isu tersebut.

0 Response to "4 Gambar kes perkosa dijadikan sumber inspirasi ?"

Catat Ulasan