4 Gambar Ratu Cantik Malaysia yang sangat Cun

Kejelitaan pemegang takhta Ratu Universe Malaysia 2013, Carey Ng, 26, terserlah hingga membuatkan setiap mata menoleh ke arahnya yang melangkah masuk ke studio pagi itu. Berdiri pada ketinggian 179 sentimeter, kehadiran wanita muda ini sememangnya menarik perhatian ramai.
Mengakui seorang ulat buku di zaman persekolahan dan ketika melanjutkan pengajian di universiti, Carey tidak menyangka pembabitannya dalam dunia ratu cantik memberikan pengalaman baru yang sungguh berharga buat dirinya.
Keinginan untuk membuang rasa takut terhadap banyak perkara, mendorong Carey membuat keputusan menyertai pertandingan ratu cantik biarpun sebelum itu dia tidak langsung memiliki sebarang latar belakang berkaitan dunia peragaan, kecantikan atau komersial.

Menurut Carey, asalnya dia sangat pemalu dan lebih suka memberi tumpuan kepada sukan serta pelajaran kerana bimbang ketinggalan dari segi akademik.


Rajin menelaah pelajaran, tidak menghairankan wanita muda ini memiliki latar belakang akademik yang baik dan memegang ijazah dalam bidang seni bina dari Universiti Nottingham, United Kingdom.
Biarpun dia memilih untuk bekerja sebagai arkitek sejurus tamat pengajian, cinta yang mendalam dalam dunia kecantikan dan hiburan membuatkan wanita ini sanggup berkorban demi mencapai impian melakukan sesuatu yang berbeza dalam hidupnya.

Carey bertuah kerana biarpun keluarga terutama ibunya amat mementingkan kejayaan akademik, mereka tetap memberi sokongan padu apabila dia menyatakan hasrat ingin bertanding dalam pertandingan Ratu Universe Malaysia 2013 dan Ratu Universe 2013. Credit Harian Metro

0 Response to "4 Gambar Ratu Cantik Malaysia yang sangat Cun"

Catat Ulasan