Jaclyn Victor perkenal wajah suami pada umum

Kuala Lumpur :Teka-teki mengenai status penyanyi Jaclyn Victor, 36, akhirnya terjawab apabila pemenang pertandingan Malaysian Idol musim pertama itu memperkenalkan suaminya, Shawn Rivera, 43, yang juga vokalis kumpulan berentak R&B terkemuka, Az Yet pada sebuah majlis khas yang berlangsung di Istana Budaya, di sini sebentar tadi.
 Az Yet 
Jaclyn ketika ditemui berkata, dia dan Shawn mengikat tali perkahwinan pada 19 Julai lalu dalam majlis tertutup di sebuah gereja di Philadelphia, Amerika Syarikat.
Pelantun lagu Gemilang itu memberitahu, dia tidak berniat untuk merahsiakan tentang ikatan perkahwinannya kepada umum kerana mengikut kehendak ibunya.
"Saya memang gemar merahsiakan sesuatu yang melibatkan perkara peribadi. Lebih-lebih lagi apabila ibu saya sendiri mahu majlis kami dijalankan secara tertutup," ujarnya.
Jaclyn memberitahu, dia dan Shawn mula mengenali antara satu sama pada awal Januari tahun lalu.
"Kami berjumpa ketika Shawn datang ke Malaysia bagi merakamkan lagu runut bunyi bagi filem Ribbit berjudul Magical Moments.
"Pada waktu itu, kami berdua telah jatuh cinta pandang pertama dan mula menjalinkan hubungan secara jarak jauh," ujarnya lagi,
Majlis perkahwinan Jaclyn dan Shawn berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh 35 orang yang terdiri daripada kaum keluarga dan sahabat terdekat. - KOSMO!

0 Response to "Jaclyn Victor perkenal wajah suami pada umum"

Catat Ulasan